Kalau anak kena chicken pox atau demam cacar air, mak-mak lah orang yang paling risau tambah pula kalau dia jenis bekerja. Memang wajib cutilah semata-mata nak jaga anak bagi cepat sembuh.
Tahulah pula chicken pox ini boleh merebak kepada orang lain dalam masa 2-3 hari. Pertama sekali, kalau tahu anak demam kena chicken pox, wajiblah bawa anak jumpa doktor ya.
Kemudian mak-mak bolehlah godek cara macam macam nak jaga anak yang kena chicken pox bagi cepat baik, ikut tip ini…
Tip Penjagaan Anak Chicken Pox
1. Potong kuku anak pendek
Pastikan kuku anak sentiasa pendek dan bersih. Sebab luka campak ni memang gatal dan miang. Tambah anak-anak kecil memang cepat sangat tangan tu merayap nak garu. Bila gatal biasa anak akan menggaru. Biarlah dihalang macam mana pun. Jadi boleh potong kuku pendek supaya blister tu tak kena infection bila digaru. Atau boleh pakaikan sarung tangan/mitten.
2. Jangan berkongsi minuman dan kuarantin
Virus boleh merebak melalui air liur, bersin, air dari blister tu bila pecah. Seeloknya baju kena asingkan bila basuh. Rendam baju anak dengan air mendidih dan sidai di bawah matahari untuk matikan virus.
3. Mandi 4 jam sekali
Chicken pox ni gatal dan badan anak panas, jadi kenalah banyak mandi dan tak payah guna sabun. Ini untuk mengurangkan rasa gatal.
4. Minum air yang banyak
Yang ini memang wajib minum banyak untuk elakan dehydration. Dehydration boleh melambatkan metabolisme dalam badan.
5. Pantang makan
Kalau boleh, kita kawal pemakanan anak waktu-waktu macam ni. Kurangkan makanan bergula sebab gula akan menurunkan imunisasi anak. Lebihkan sayur-sayur, makanan yang bersup. Elakan makanan yang boleh menyebabkan gatal macam seafood, ayam, telur, ikan masin atau bilis.
6. Petua orang lama guna Daun Semambu / Neem Leaf
Kalau nak cuba boleh ambil segenggam Daun Semambu blend sampai hancur. Selepas mandi, tempek pada campak tu dan biarkan kering. Amalkan setiap hari, In shaa Allah hasilnya luka akan cepat kering.
Atau ambil daun semambu dan masukan dalam tab mandi anak, biar anak rendam dalam air suam serta daun.
Atau ambil daun semambu dan masukan dalam tab mandi anak, biar anak rendam dalam air suam serta daun.
Daun Semambu ni memang mujarab untuk hilangkan kegatalan dan mempercepatkan proses pengeringan luka campak.
Dan boleh ambil daun-daun semambu tu buat lapik tidur anak. Letakkan daun semambu tu dalam kain batik, dan buat tempat lapik tidur anak. Cara ni bantu anak tidur lena sepanjang malam tanpa rasa gatal-gatal.
7. Bagi air kelapa (Tak bagi pun tak apa)
Untuk anak-anak yang setahun ke atas, boleh bagi minum air kelapa sebab air kelapa ni sejuk badan. Menurut orang lama cara ini lebih cepat dia keluarkan bintik-bintik ruam campak dalam badan.
Ok, mak-mak kena banyak bersabar ya, kadang chicken pox ini boleh buat anak meragam dengan keadaannya yang gatal dan sakit. Nak tidur pun tak boleh awal-awal tu, jadi mintalah suami tolong sama untuk uruskan anak.
Nota: Anda masih boleh bagi anak makan ubat yang doktor bagi seperti biasa ya.
Chicken pox yang teruk boleh berlaku kalau anda pertama kali kena waktu dewasa, kalau dah berumur lagi banyak risiko.
SUMBER : GENG KEPOH
Comprehensive Insurance Coverage
What is Comprehensive Coverage?
Complete protection scope is one of the fundamental inclusions accessible as a major aspect of an auto protection strategy.
Complete is discretionary protection assurance you add to your fundamental auto strategy that gives you scope from harms that are not the aftereffect of an impact with another auto.
Complete Car Insurance Coverage Examples:
Complete scope is a prominent scope that gives protection from different wellsprings of harm that can happen to your auto, other than from an "auto to auto" crash.
Buat lebih berguna, kongsi:

